Saturday, January 23, 2010

mencari sebab serta alasan yang kukuh



meniti hari pd minggu ini terasa begitu berbeza..
hentaman bebanan kerja membuatkan aku berasa sgt tertekan..
detik demi detik ku hitung..langkah ku makin longlai. betapa besarnya tanggungjawab dan betapa sempitnya waktu untuk aku terus berlari.
mindaku semakin sarat dan berat memikirkan karenah opismate ku..
saban hari aku rasa diri ini mcm "coolie battack" aku yang lebih muda merelakan diri untuk menolong yg lebih tua/senior ckp tua kang terasa hati lak.. kebaikan ku disalah gunakan..sehinggakan aku rasa aku bukan salah seorang pegawai disini, aku tidak lebih seperti bibik yang bergaji besar, dari kerja2 profesional hingga kepada kerja "bodoh" kata salah seorg pgwai aku yg rasa die tu pndai sgt la.. kerja nya yg "bodoh" itu...akulah yg akan bt.. sblom ni mgkn aku masih boleh bersabar..
namun hari ini benteng kesabaran aku ternyata runtuh dengan begitu mudah...menitis jua air mata ini,namun dengan keterpaksaan aku laksanakan jua, mata2 yg memandang ku biarkan terus meratah dan menilai apa yg sedang seorang pgwai N41 lakukan...rasanya tidak perlu dinyatakan disini kerana ianya tidak sepatutnya berlaku..
aku sedar aku hanya pgwai kontrak disini, tp aku masuk ke sini juga dengan interview dengan sijil2 yg diiktiraf..dengan transkrip..aku bukan masuk ke pajabat ini dengan meminta sedekah untuk diberikan krja..aku kesini dengan kelayakan..
bukan penghormatan yang aku pinta tp sedikit kewarasan fikiran.. sebelum mengarah aku kesana kemari fikir2kan lah..kita sama level malah ada yang lebih rendah dari aku, salah ke org muda dengan umur 24thn dah pegang jawatan tinggi drp org yg lebih senior. kami juga belajar bertungkus lumus 3 4 thn..bukan sesenang dan sesedap rasa sahaja pihak universiti nak anugerahkan kami segulung ijazah, tidakkah terfikir dek "org2tua" itu mcm mn jika ank mereka diperlakukan seperti aku...
mgkn ader yg menganggap aku ego kerana berkira dengan sedikit kerja yg diberikan..
tp egokah aku bila kerja yg bukan tugas aku dan diluar bidang keprofesionalan aku dan sepatutnya dibuat oleh PAR tp aku jgk yg kna bt?
egokah aku bila aku bersungut bila di suruh packing kotak yg hampir 40kg??
wajarkah itu untuk seorang perempuan?? tidak cukupkah lelaki didunia ini
ego lagikah aku bila aku sanggup menyediakan air minuman untuk mesyuarat..
ego lagi kah bila aku di layan seperti bibik..cuci pinggan dan cawan
aku jg punya kerja aku sendri yg perlu disiapkn..
sungguh itu melampaui batas kemanusian..
sungguh aku tidak mampu bersabar lagi..

mggu depan aku akan bercuti.. bercuti rehat mgkn..keserabutan ini tidak patut dilayan.. minggu dpn juga aku harus menghadiri satu interview..
ya allah semoga ini satu permulaan baru untuk episod hidupku..
namun andai ini yang terbaik
ini yang terbaik untukku..akan kuharungi jua
kerna aku tahu aku tidak berhak menyoal takdirMU
amin..

~~dalam hidup ini kita harus sedar bahawa byk perkara di dunia ini bukan tgn kita yang mengawalnya,bukan akal fikiran kita yang menjangkaunya, kerana sebagai manusia kita punyai kelemahan tersendiri~~

2 comments: