Saturday, January 29, 2011

wake up in da m0rning n i n0e dat I LEBIU

Hanya dirimu ...

Beri malamku yang menghiasi jiwa
Yang rapuh
Terlalu merindumu
Hoo oo ooo....
m0de ceria d hari jumaat hehe... walaupun mlm td tid0w skejap2 waiting 4 mail0p... xsampai2.. make me worried.. tu yang x leh tit0.. but da funy thing is.. hr ni windu punyer pasal aku leh bgn sendiri tanpa perlu bantuan alarm clock..sgt hebat disitu... psik0l0gi cinta... haha sah aku tengah angaw.. dek kam0.. kam0 yg telah membuat sy tidak lena tit0 mlm... bgn kul 5.45 utk g keje..solat subuh sebelum waktu subuh.. x pasai2 kna s0lat lagi skali huh..
betapa hebatnya cinta dan betapa sempit nya dunia heheu

ku ingin engkau tahu

Ku kan selalu menunggu
Hilangkan rasa letihku

tggl seminggu jer lg menuju ke majlis kami.. sem0ga saat indah ini akan terus kekal dan mekar dalam hati kami.. sem0ga segala perangcangan di permudahkan oleh ALLAH SWT... sem0ga cinta kami tidak melebihi cintaku kepadaMU... Sem0ga cinta ini lebih mendekatkan kami kepadaMU.


Engkau laksana bulan,
Tinggi di atas kayangan,
Hatiku dah kau tawan,
Hidupku tak keruan.....
JOM TIT0.. esok maw blk kelate suda..
-ima-
~12.40 am~

Wednesday, January 19, 2011

sehat bersama "tibicos"

"hati-hati dengan cinta kerana cinta mampu 
membuat orang sihat menjadi sakit
orang gemuk menjadi kurus
orang normal menjadi gila
raja menjadi budak"

btol ke mcm tu? aku rs mcm sebalik nya jer... org kurus menjadi gumup sbb makan byk... hepi.. bahagia mcm2 lah yg sewaktu dengannya... hehu.. 
kt 0pis kec0h duk bercerita pasal kebaikan tibicos s0 diam2 aku usha la g00gle sal tibic0s neh.. menatang ape yg dorg duk bising2 neh.. best jugak aku mendengarnya..kunun2 leh menghilangkan rs lapar n boleh t0l0ng utk kurus..tu yg berminat tu.. maklum lew saat2 genting mcm ni mcm2 cr d lakukan untuk kurus.. 
antara maklumat yg aku dpt ialah..
tibicos ni asal dr tibet..asal daripada kulat susu yg mengandungi pribiotik hidup yang baik utk penghadaman.. rupa dia mmg mcm alga berlendir sket dan baw nya sedikit masam....tibicos sejenis cendawan halus yang bergerak2 didalam botol kaca...amazing u know, kalo bela dia mcm bela seekor ikan...ape bila airnya di tukar dan di beri makan dia akan bergerak2 ke permukaan air untuk mendapat oksigan... rupanya bende nih wujud sejak zaman nabi Ibrahim la.... lamer tuh... boleh dikategorikan sebagai ubat pd zaman kun0 la jgk neh tp tetiber terp0pular semula disaat manusia sudah dihinggapi pelbagai jenis penyakit.... tibicos menghasilkan bateria baik, melalui air yang di gelar water kefir...antara kebaikan yang i sendiri dengar dari org yang menggunanya adalah kanser, kencing manis, 
sembelit, also leh hilang kan uban...
 then boleh hilangkan migrain.. bagus utk org yg tensen d tempat keje... 
leh kurangkan kolestrol dalam darah..
baik utk mata dan kulit 
dan last but not least boley mengawal kitaran suhu badan
 byk sgt la khasiat mls maw tulis byk2.. korang g00gle la sdiri.. yg pasti hr ini cik ima akan mula menternak tibicos.. nt i upload pic tibicos yg suda menjadi haiwan peliharaan shayer itu hehu

crytal tibic0s...

Saturday, January 15, 2011

mengapa saya perlu kamu...


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

Monday, January 10, 2011

biarkan kucing-kucing itu terus mengiuw

ANDAI HARI ES0K LANGIT AKAN RUNTUH
TABAHLAH MENJUNJUNG BERSAMAKU
                                                     -Adira
heyya its m0nday again... xsangka hr ni br 11 hb.. i t0t it was 20hb olredi.. rase mcm lamer x balik kg padahal br selasa lepas aku blk pUTRA.. adeyh 0tak ku suda nyanyuk.. padah byk mkn semut k0t.. eh as i n0e hanya nyet yg mkn semut... owh tidak aku bkn nyet...
t0day a little bit mengantuk.. lenguh kaki pun lum hilang lg.. berada dalam jem dr putra ke KL hampir 2 jam.. sib bek aku x wat gimik tit0 dlm kete... kal0 tidak mesti aku jd pemes 1 malaya msk paper oo00... hehe ni lah padahnyer tid0 lewat... my teacher pernah cakap
early birds
owez early 2 bed
                 -sifu
tp last nite dis birds tit0 lmbt.. actually bkn sengaja pun.. juz w0rried bout my rumet.. balik umh nanggis2 kuar umh pun nanggis2 tunggu punyer tggu sampi kul 2 pg lum blk2 ag.. last2 aku yg tertit0... biasalah msalah rumah tangga tp isaw oo anak dara kuar s0rg2 dah la f0n dia r0sak.. maw x gilew org kt umh neh duk pk mn ilang anak org neh.. kal0 anak kucing xpe tp ni anak org...
kalo berpacaran jangan tunggu lama-lama
kalo dah berkenan jumpalah ayah dan mama
                                                      -ana rafali
sambil duk tunggu2 tu sempat gak r b0rak ngan pcik shayer.. sib bek dia xtit0 ag..slalu nyer dia tit0 awal.. maybe sbb aku duk kacaw dia k0t hehu.. but 4 sure he 0wez there 4 me.. my her0 my counsel0r kadang2 sian gak kt dia hr2 duk dengar mslah aku jer..mlsah dia pun mesti byk gak tp normal la lelaki dia x bising2 mcm p0mpuan ape2 hal dorg pendamkan ajer.. dats y ramai yg kna heart attack sbb byk duk pendam perasaan s0 ma dear next time dun s0r0k2 anytin eh.. im here 2 lend u my ears... im listening..
bila fk blk xtaw bila la aku dpt pindah ke KB. otak aku da semak kt KL neh...pas kawen pun lum tentu ag ader pst s41 kt saner yg 0.. h0t spot tu mcm goreng pisang panas ader 0 jer trus ader yg masuk..nk xnak terpaksa jugak ber PJJ setahun dua.. kawen??? alamak -+ 5bln dr skg... kawen pastu kalo terpregnen  sorg2 jgk la aku nt  owh titakkk...sedey nyer bila pk jauh2 neh.. 0o0o xnk xnk pk lg.. syuh !syuh!...
ya allah KAU permudahkanlah segala urusan kami
KAU lindungilah kami dari segala bahaya
KAU berkatilah amalan harian kami
bukalah pintu rezekiMU seluas-luasnya utk kami semua
amin...