Thursday, February 18, 2010

karnival wow putrajaya 20-21 10 2010... sempena my bufday hik2

sumtin yg bez untuk dikongsi bersama yang tersayang

bagi sesape yg xder ape nk wat dis wiken neh.. n Masih belum ada sebarang perancangan untuk menghabiskan hujung minggu? Elok sangat lah tu... meh sambut bufday gue hik2...juz kidding..act, Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Karnival “Wow! Putrajaya” pada 20–21 Februari 2010 bertempat di Tapak Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya. Iaitu berhadapan bangunan Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia tu. Lagi senang kalau ingat landmark roket Millenium Monument Putrajaya tu.. area masjid besi..
macam2 ada..
Karnival ini akan dipenuhi dengan pelbagai gerai jualan dan pameran seperti Big Boyz Toys, Hot Air Balloon, Auto Shows, Laman Seni, Car Boot Sale dan lain-lain lagi. Untuk golongan belia, Karnival ini menyediakan pertunjukan car drift, remote control, pertandingan futsal, walk & hunt, cycle hunt, dan wall climbing. Terdapat juga pertunjukan magic show, inflatable games dan pertandingan jigsaw puzzle untuk kanak-kanak.

Tarikan utama Karnival ini adalah persembahan khas Konsert “Wow! Putrajaya” yang akan menampilkan artis terkenal seperti M. Nasir, Jamal Abdillah, Misha Omar, Aizat, Ella, Qhaud AF dan Aisyah AF pada 20 Februari 2010 jam 8.30 malam di tapak Karnival.

Kepada sesiapa yang ras bosan dan boring dok rumah tak de apa-apa nak buat, eloklah keluar bawa keluarga atau pasangan masing-masing memeriahkan lagi karnival ni dan juga bagi kaki fotografi, memang best ni nak ambik gambar area ni..

nmpknya lps ni putrajaya tidak akan sunyi dan sepi lg pd waktu mlm dan selepas waktu keje..
moh lew kiter mengrelease tensen