Wednesday, April 21, 2010

sesekali berbicara tentang diri sendiri

Sifat Bulan Lahir untuk bulan Febuari ialah:




[][] Berfikiran abstrak... <<< byk nk kna fk tuh..

[][] Sukakan benda yang realiti dan abstrak. <<< opkosh
[][] Bijak dan pintar <<< bijak dlm segenap perkara ngeh3
[][] Berpewatakan yang mudah berubah. <<< ssh nk paham budak neh
[][] Mudah menawan orang lain. <<< brape ramai agaknyer yg da kna tawan
[][] Agak pendiam. <<< rs mcm terlebih ckp jer mcm tertelan bateri
[][] Pemalu dan rendah diri. <<< a little bit la..
[][] Jujur dan setia pada segalanya. <<< my no 1
[][] Keras hati untuk mencapai matlamat. <<< sesangat la degil x bertempat
[][] Tidak suka dikongkong. <<< sgt tidak suka
[][] Mudah memberontak apabila dikongkong. <<< awas..handle with care
[][] Suka kegiatan yang lasak. <<< lurve it n looking 4 it
[][] Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. <<< pompuan biase la
[][] Mudah mempamerkan marahnya. <<< kip silent
[][] Tidak suka benda yang remeh-temeh. <<< xyah pk wat semak otak jer
[][] Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. <<< egonya agak tinggi
[][] Sangat berani dan suka memberontak. <<< brani bila.. i said i want it n i into it
[][] Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
[][] Pemerhatian yang tajam. <<< awas kamo2
[][] Suka hiburan dan sukan. <<< minda yg cergas dtg dr tubuh yg sihat
[][] Suka benda yang bersifat seni. <<< semua benda ader seni
[][] Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. <<< goliden
[][] Berkecenderungan pada benda yang tahyul. <<< agak penakut
[][] Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. <<< sesangatla bor0s jika nmpk kasut
[][] Belajar untuk mempamerkan emosi. <<< sedang belajar neh...
[][] sangat optimis <<< n0 k0men

Monday, April 19, 2010

sejenak bercerita tentang CINTA

JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.. SESUNGGUHNYA ia menuntut suatu pengorbanan yang akan terrealisasi merentasi suatu masa
hanya masa yang boleh mengubat kedukaan itu.. kini aku sendiri tidak pasti adakah ianya telah terubat,sedang diubat,tiada ubat..
APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih... kerana kini aku hanya menuntut sebuah pengertian.. fahamilah aku sebelum kamu mencintaiku
SEKIRANYA dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan...



CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan...
CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.. JIKA sebaliknya..redhalah kerana sememangnya TUHAN menjanjikan yg lebih baik buat kita
CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.
HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.
CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang dicari-cari...

ya allah moga CINTA ini membawaku lebih mendekatiMU


Sunday, April 11, 2010

keRINDUan

Kadang Kala Kita Merasa
Dekat Sangat Pada Seseorang
Tetapi Tak Tercapai Tangan Kita
Untuk Mengenggam Tangannya...

Kadang Kala Hati Kita Merasa
Rindu Sangat Pada Seseorang
Tetapi Hati Kita Selalu Berkata-kata
Aku Takut Untuk Meluahkannya...

Kadang Kala Hati Kita
Teringgin Sangat Untuk Bersamanya
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-kata
Aku Takut Untuk Mendekatinya....

Kadang Kala Kita Ingin Berseorangan
Tetapi Hati Kita Takut Dalam Kesunyian...

Kadang Kala Hati Kita Ingin Mengambil Berat
Pada Orang Yang Kita Sayang
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-kata
Aku Takut Untuk Di Salah Ertikan....

Rupa-rupanya... Kita Menang Berjauhan
Yang Tak Mungkin Tercapai Tangan Ku
Untuk Ku Mengenggam Tangan Mu