Tuesday, August 27, 2013

Amalan mengurut bagi ibu yang ingin hamil

     maaf yer teman-teman tajuk post agak mak-mak sikit... maklumla sejak keinginan untuk menjadi ibu semakin memuncak setiap hari kan... rasanya normal kot setiap orang yang berkahwin mesti menginginkan cahaya mata rite? seperti aku setiap kali balik kampung seboleh mungkin cuba mengelak pertanyaan tentang anak, kalo boleh usah d tanya langsung pun xpe kerana berita yang baik tak mungkin akan d sorok... mungkin niat orang yang bertanya itu baik... dia hanya nk bertegur sapa tapi tidak ada topik so tertanya la soalan yang agak kurang cerdik itu.. so maafkan la makcik makcik itu... dia tidak sedar apa yang di ucapakn kerana dia tidak menghubungkan lidahnya dengan otaknya sebelum bercakap 'b4 talking plz connet the tongue to the brain' yer makcik... kepada yang menerima soalan sedemikian saban hari seperti aku.. anggap saja itu satu doa dan pembakar semangat untuk terus berusaha insyallah.. sila jangan sesekali berputus asa.
    
   back to the topik... kenapa aku pilih teknik tradisional sedangkan pelbagai ubat dan suplimen kehamilan telah tersedia semua dihujung jari... well said ubat2 tu terlampau banyk n terlampau cantik testimoninya menyebabkan aku sedikit ragu-ragu u noe rite teknologi sekarang... begitu juga dengan dunia materialistik keuntungkan yang diutamakan tanpa memikirkan risiko yang perlu ditanggung kemudian hari.. juz b crefful my sygs semua yer... 

   actually kakak tukang urut ni aku dah lama dengar tentang dia tapi sebelum ni blom terbuka hati lg untuk pergi mengurut kerana seumur hidupku x pernah aku mengurut.. goliden hahaha...
dari teman-teman opis semua dah bercerita tentang kemahiran kakak ini sehinggalah last skali penolong aku juga cuba mengurut dengan kakak itu,dengan kuasa allah lebih kurang sebulan selepas itu dia mengandung... aku apa lg teruja la nak mencuba kan..

  petang rabu aku hampir nak give up cari umah akak tukang urut ni kat area balok, aku dah setahun lebih tinggaln di kuantan tapi jalan-jalan di sini memang aku failed lg.. memandangkan slalunya incik suami yang drive... kalo dia xde, aku hanya memandu untuk ke opis dan balik umah itu sahaja. susahkan kalo laki jauh.. tapi jangan kira susah ajer kira sekali senangnya bila duk sorang2 ... x pyh pk menu nk msk n x pyh msk hehe ampunkan patik incik suami,

   hampir sejam jugak la aku pusing2 kawasan situ nak telefon penolongku dia tengah bercuti pulak takut menganggu nanti.. last2 aku tawakal jugak... 3 kali pusing tempat sama... huh sgt gigih disitu... aku pun pelik kenapa susah sgt aku nk dipertemukan dengan tukang urut ni... setelah berselawat n bertawakal akhirnya jumpa jua rumah kakak tu yang agk terselindung sedikit.. no wonderla x perasan masa lalu tadi.. adeyh.. dugaan...

   teknik urutan kakak itu memang tip top n banyak menggunakan ayat al quran.. aku sukaa terasa lega seluruh badan.. hurmm baru ku tahu mengurut boleh menghilangkan sakit badan n stress yang bersarang dikepala.... plz do go n try it... kita beriktiar... 
semoga selepas ini turn kami pula untuk dapat bby kembar... amin

No comments:

Post a Comment